NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

22 kawasan perumahan terjejas banjir di Melaka

Sehingga kini 29 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS di Melaka. - Gambar/ APM

MELAKA: Sebanyak 22 kawasan perumahan terjejas akibat banjir kilat di Melaka dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, sejak awal pagi tadi.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini 29 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS.
"Dua PPS itu ialah di Balai Raya Bukit Tambun dan Balai Raya Bukit Balai, di Durian Tunggal, dalam Daerah Alor Gajah.
“Kedua-dua PPS ini mula dibuka pada jam 1 tengah hari tadi yang melibatkan penduduk dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun," kata kenyataan itu.
Selain dua kawasan berkenaan, daerah Melaka Tengah dan Jasin juga merekodkan 20 perumahan yang terjejas dengan banjir kilat, bagaimanapun tiada PPS dibuka di dua daerah itu.
Di Melaka Tengah, antara kawasan yang terjejas banjir kilat ialah Duyong (Bukit Duyong, Permatang Duyong, Semabok, Solok Bukit Baru Duyong, Desa Duyong, Bukit Godek, Taman Sri Duyong 2), Pengkalan Batu (Pengkalan Rama Pantai) dan Bukit Katil (Bukit Bayan).
Di Jasin pula, banjir dilaporkan berlaku di Merlimau iaitu membabitkan kawasan Kampung Kilang Berapi Utara, Kampung Merlimau Pasir, Kampung Merlimau Barat, Taman Seri Merlimau dan Taman Merlimau Megah.

Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo