NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Taklimat Khas Presiden : Azlina tempelak Ismail Sabri, desak bubar parlimen segera

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mencabar agar Parlimen segera dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.
Menurutnya, pelbagai tekanan dibuat terhadap UMNO ketika ini termasuk membabitkan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ada pihak yang takut dengan kemaraan parti itu.

"Hari ini kita tarik 'handbrake', lawan tetap lawan. Takkan masukkan bossku dalam penjara sebab nak menang?" katanya pada sesi Taklimat Khas Presiden UMNO yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia pada Sabtu.

Sementara itu, Azalina menjelaskan, pelantikan Peguam Negara adalah atas nasihat Perdana Menteri dan kebiasaannya dilantik dalam kalangan 'orang sendiri' untuk memudahkan urusan berkaitan.

Justeru, beliau mempersoalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak menukarkan Peguam Negara walaupun ia di bawah kuasa beliau.

"Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar Peguam Negara pun tak boleh," ujarnya.

Sumber | SH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo