NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Ebit Lew dibicara 27 September depan

Kuala Lumpur: Polis Bukit Aman mengesahkan prosiding perbicaraan membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew akan bermula 27 hingga 30 September depan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, Ebit Lew didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Beliau akan dibicarakan pada 27 hingga 30 September di mahkamah yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Februari lalu, Ebit Lew mengaku tidak bersalah di Mahkamah Litar Tenom atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Ebit, 37, didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya dalam semua 11 pertuduhan terbabit.

Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan dua penjamin.

Sumber | HM

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo