NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Ini bukan sesuatu yang menggembirakan, saya naikkan dia jadi PM' - Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathitr Mohamad mengakui hukuman yang dihadapi anak didiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sesuatu yang menggembirakan kerana beliau bertanggungjawab menaikkan Ahli Parlimen Pekan itu sehingga bergelar Perdana Menteri.
Bercakap kepada Kyodo News, Dr Mahathir menjelaskan kemungkinan untuk Najib membuat kemunculan semula politik akan terletak dengan potensi pengampunan diraja dan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Dr Mahathir berkata beliau gembira kerajaan sekarang, yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari UMNO, tidak mengganggu prosiding kehakiman.

Dengan berada di dalam penjara sekarang, karier politik Najib kelihatan malap, tetapi Dr Mahathir percaya beliau akan cuba membuat kemunculan semula.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo