NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Saya tak harap jadi calon PRU15' - Altimet

Altimet berkata, beliau tidak memikirkan soal jawatan itu buat masa ini kerana mahu menumpukan kepada tugas sebagai ketua cabang. - Foto Sinar Harian

AMPANG: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet tidak berharap menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Altimet berkata, beliau tidak memikirkan soal jawatan itu buat masa ini kerana mahu menumpukan kepada tugas sebagai ketua cabang.
Menurutnya, banyak kerja perlu difokuskan sebagai ketua cabang termasuk memikirkan strategi membantu jentera parti bersiap sedia menghadapi PRU15.
"Saya tak harap jadi calon. Kita tahu bukan budaya parti, apabila seseorang jadi ketua cabang automatik akan jadi calon.
"Kalau harapkan sesuatu, kita kena siap sedia untuk kecewa. Jadi saya tak mengharapkan apa-apa.
"Saya rasa buat masa ini, biar saya kumpul pengalaman sebagai ketua cabang," katanya mengulas persediaan jika nama dicalonkan pada PRU15.
Beliau ditemui pada program Majlis Serahan Sumbangan Penyelaras Parlimen Ampang di Masjid Ukay Perdana di sini pada Jumaat.
Bagaimanapun katanya, dia bersedia menjalankan amanah tersebut sekiranya diberikan kepercayaan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Beliau ibarat jeneral dan kami askar prebet. Kalau presiden suruh jalan, askar kena jalan juga. Kita hanya jalan tugas, ikut perintah.
"Kita lakukan yang terbaik untuk Ampang. Jika saya bukan calon, adalah yang terbaik untuk Ampang, saya terima saja," katanya. -Sinar Harian






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo