NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen

Khairy Jamaluddin mempengerusikan JPK yang turut diwakili enam Ahli Parlimen dari kerajaan dan enam Ahli Parlimen pembangkang. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat bersetuju mengemukakan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen.
Perkara itu diputuskan dan diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen selepas dibahas seterusnya digulung oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Ketika mengemukakan semula usul RUU berkenaan, Ahli Parlimen Rembau itu turut mengumumkan 13 Ahli Parlimen yang akan menganggotai JPK Parlimen.
JPK Parlimen itu dipengerusikan oleh beliau sendiri dan dianggotai oleh enam Ahli Parlimen blok kerajaan dan enam Ahli Parlimen pembangkang.
Antara angota JPK dari blok kerajaan ialah Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (UMNO), Datuk Seri Mohd Nizar Zakaria (UMNO), Datuk Seri Azalina Othman Said (UMNO), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu), Ahmad Fadhil Shaari (Pas) dan Lukanisman Awang Sauni (GPS).
Sementara wakil Ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai JPK itu ialah Dr Kelvin Yii Lee Wuen (DAP), Sivarasah Rasiah (PKR), Datuk Seri Dzulkifli Ahmad (Amanah), Datuk Seri Madius Tangau (UPKO), Datuk Darrell Liking (Warisan) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang).

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo