NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Sabri, Pelosi nyata penghargaan hubungan dua hala Malaysia-AS, mahu pererat kerjasama

Ismail Sabri dan Pelosi bertemu pada majlis jamuan tengah hari sempena meraikan Pelosi yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia pada Selasa. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menghargai hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin dan akan terus bekerjasama dalam aspek keselamatan dan kemakmuran ekonomi.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi berkata demikian pada majlis jamuan tengah hari sempena meraikan Pelosi yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia di sini, Selasa.
Pelosi dan delegasi kongresnya tiba di Malaysia pada Selasa sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi ke empat negara Asia.
Ismail Sabri dalam ucapan alu-aluannya berkata kedua-dua pihak mempunyai hubungan yang baik dan menjadi rakan kongsi penting dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pelaburan, kesihatan dan pertahanan.
Perdana menteri berkata perkongsian itu terus diperkukuhkan lagi dan semakin erat susulan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang diadakan di Washington D.C dari 12 hingga 13 Mei baru-baru ini, sekali gus menjadikan ASEAN semakin dekat dengan AS.
Perkongsian itu terus diperkukuhkan menerusi kerjasama diplomasi vaksin menyaksikan AS telah menyumbangkan satu juta dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 kepada Malaysia untuk membantu negara memerangi wabak itu.
Selain itu menerusi kerjasama pertahanan, AS telah memberi pelbagai bantuan setakat ini, termasuk geran bernilai US$200 juta, katanya.
"Seperti kita tahu, Malaysia dan AS mempunyai hubungan baik dan merupakan rakan kongsi yang penting dalam semua bidang. Dalam bidang ekonomi dari segi pelaburan AS merupakan pelabur terbesar dalam negara," katanya ketika berucap menggunakan bahasa Melayu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Perdana menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Pelosi dan delegasinya atas lawatan sulungnya ke Malaysia dalam usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo