NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek lombong nadir bumi lantanid telah dapat kebenaran merancang - MB Perak

Tangkap layar menunjukkan imej yang diperolehi menerusi dron milik Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS) di tapak lombong lantanid di kawasan Hulu Perak. - Gambar fail

IPOH: Projek melombong nadir bumi lantanid di Hulu Perak telah mendapat kebenaran merancang (KM) daripada daripada Majlis Daerah Gerik.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata bagaimanapun kebenaran yang diperolehi itu adalah bersyarat.
Katanya, projek itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk memperolehi sijil Prosedur Pemantauan Alam Sekitar (EMP) dan Penilaian Impak Sosial (SIA).
"Selagi mana tak dapat penuhi (syarat) ini, maka kita tak akan beri kebenaran syarikat berkenaan untuk beroperasi. Kita mesti memenuhi janji kita kepada orang ramai supaya tak ada orang akan merasa kita mengabaikan SOP.
"SOP begitu ketat dan (syarikat) wajib memenuhi keseluruhannya, baru boleh melaksanakan operasi berkenaan," katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Jalinan Mesra bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak di Ipoh, pada Selasa.
Menurutnya, tiada tempoh masa ditentukan untuk memulakan projek itu kerana ia bergantung kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Dalam masa sama, beliau tidak dapat menganggarkan nilai lantanid yang ada di Hulu Perak kerana ia merupakan projek perintis di negara ini.
Sebelum ini, Sahabat Alam Malaysia (SAM)menggesa kerajaan negeri mengkaji semula pelaksanaan projek tersebut kerana dikhuatiri akan menjejaskan alam sekitar termasuk mengganggu hidupan liar di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, Saarani menjelaskan, projek tersebut bukan di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal dan juga tidak berada di dalam kawasan Central Forest Spine (CFS).
Katanya, sebaliknya kawasan projek itu adalah tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri (SADC) Perak.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo