NOTIS:

Belum ada lagi....

Israel mengaku bunuh 5 kanak-kanak Palestin dalam serangan baru-baru ini

0

Sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin, termasuk 17 kanak-kanak dan empat wanita, terbunuh, manakala lebih 360 yang lain cedera dalam serangan Israel itu. - Gambar fail/ AP

BAITULMAQDIS: Israel mengakui membunuh lima kanak-kanak Palestin dalam satu serbuan udara semasa serangan tiga hari di Semenanjung Gaza baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu, memetik laporan media Israel pada Selasa.
Pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan Israel bertanggungjawab dalam insiden itu, yang berlaku pada 7 Ogos di sebuah tanah perkuburan di kawasan Jabaliya, utara Gaza, yang membawa kepada "kematian lima kanak-kanak kecil pada hari terakhir serangan baru-baru ini," menurut Harian Haaretz.
Dakwaan awal telah menyalahkan kumpulan Jihad Islam Palestin atas insiden itu selepas pelancaran roket yang gagal mendarat kembali ke dalam Gaza.
Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara terhadap sasaran di Gaza pada 5 Ogos, dengan menyatakan "ancaman serangan yang akan berlaku" oleh kumpulan Jihad Islam berikutan peningkatan ketegangan di seluruh wilayah Palestin.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin, termasuk 17 kanak-kanak dan empat wanita, terbunuh, manakala lebih 360 yang lain cedera dalam serangan itu.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo