NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis terima 28 laporan terhadap Presiden PAS

KUALA LUMPUR - Sebanyak 28 laporan polis diterima Bukit Aman terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman berkait isu rasuah dalam sebuah artikel baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

"Polis sedang menjalankan siasatan terhadap Ahli Parlimen Marang itu berkaitan artikel di sebuah akhbar.

"Beliau akan dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dibuat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.

Skandaguru bagaimanapun menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu proses siasatan.

"Orang ramai juga diseru agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh menggugat keharmonian dalam kalangan masyarakat.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo