NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siapakah yang merasuah melayu dan bumiputera selama ini?

SEMUA maklum Melayu dan Bumiputera berada dalam perkhidmatan awam, siapakah yang merasuah mereka?

Apabila Presiden PAS mengeluarkan kenyataan mendakwa golongan bukan-Islam dan bukan-Bumiputera menjadi kumpulan majoriti perosak politik dan ekonomi negara, bukan main marah ultra kiasu sehingga membuat laporan polis.

Kenyataan Presiden PAS itu dikatakan menyinggung perasaan orang bukan-Melayu, malah boleh merenggangkan perpaduan antara kaum di negara ini. 

Saya tidak nampak pandangan Presiden PAS itu salah, siapakah yang merasuah Melayu dan Bumiputera selama ini yang rata-rata bekerja dalam perkhidmatan awam, terutama jabatan kritikal seperti PBT, Majlis Daerah, Pejabat Tanah, Polis, Imigresen, pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen dan sebagainya?

Siapakah yang selalu membangkitkan isu-isu sensitif berkaitan dengan hak istimewa Islam, Melayu dan bumiputera, kalau bukan ultra kiasu?

Melayu yang terima rasuah ditangkap. Perasuah besar dalam kalangan mereka terlepas begitu sahaja.

Saya sokong kenyataan Presiden, saya amat alu-alukan ultra kiasu buat laporan polis. Sebelum ultra kiasu membuat laporan polis, sila jawab pertanyaan ini. 

Pertama, siapakah bapa rasuah yang merasuah orang Melayu selama ini terutama, pihak berkuasa, PBT, Polis, Bomba, Kastam dan Imigresen?

Kedua, projek-projek yang memerlukan kelulusan pihak berkuasa dan mendapat lesen siapakah bapak rasuahnya?

Ketiga, kes tanah Musang King dan banyak lagi tanah rezab Melayu yang tergadai, siapakah yang merasuah Melayu ini?

Keempat, dana pilihan raya, siapakah funder di belakangnya kalau bukan-Melayu? Apakah kita ingat ‘funder’ yang memberi dana itu, percuma begitu sahaja. Mesti ada projek besar yang dia dapat. Banyak lagi yang boleh dibuktikan.

Paling sedih, yang kena tangkap, selalu yang terima rasuah, orang Melayu. Ultra kiasu bapak segala rasuah terlepas.

Pergi tanya kepada Polis dan Kastam, kenapa sehingga ke hari ini susah sangat dadah untuk dibanteras. Siapa yang merasuah pihak berkuasa ini? Begitu juga dengan penyeludupan bahan-bahan terlarang. 

Projek perumahan yang memerlukan kelulusan PBT, siapakah yang menjadi bapak perasuahnya? Satu lagi, apakah ultra kiasu bukan perosak jika sentiasa membangkitkan isu-isu sensitif berkaitan Islam dan Melayu?

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo