NOTIS:

Belum ada lagi....

Gardenia KL sahkan harga roti naik, terkesan akibat banjir, krisis bekalan

0

Gardenia KL dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil selepas meneliti beberapa faktor yang memberi kesan ketara kepada kos operasi mereka. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Pengeluar produk roti, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengesahkan beberapa produknya akan mengalami kenaikan harga bermula 1 September ini.
Pengurusan Gardenia KL dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil selepas meneliti beberapa faktor yang memberi kesan ketara kepada kos operasi mereka.
Ia termasuk bencana banjir yang melanda kawasan Shah Alam pada Disember tahun lalu, krisis rantaian bekalan global serta pelaksanaan gaji minimum. 
“Dalam beberapa bulan ini pihak kami terkesan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti tepung berprotein tinggi sebanyak 25 peratus dan serbuk putih telur lebih daripada 100 peratus, tepung gandum, gluten, susu skim,bread improver dan bahan-bahan pembungkusan roti.
“Selain daripada faktor-faktor di luar kawalan kami ini, pelaksaan gaji minimum yang wajib dipatuhi oleh majikan telah turut memberi kesan kepada kos operasi Gardenia KL.
“Hasil daripada semakan dan analisa terperinci, serta mengambil kira beberapa pilihan yang ada, Gardenia KL telah menyemak semula harga runcit bagi produk-produknya yang akan berkuat kuasa 1 September 2022,” katanya dalam kenyataan tersebut hari ini.
Antara harga baharu untuk beberapa produk ialah Gardenia Original Classic RM3; Gardenia Wholemeal (RM4); rangkaian Gardenia Toast'em (RM5.50); Gardenia Twiggies (RM2); Gardenia Waffles (RM1.50) dan Roti Krim Gardenia (RM1.10).
Pelarasan harga roti putih Gardenia Original Classic, katanya ialah sebanyak 20 sen iaitu peningkatan tujuh peratus berbanding kenaikan harga tepung berprotein tinggi sebanyak 25 peratus.
Begitupun, Gardenia KL berkata pihaknya mengekalkan harga roti Gardenia Bonanza Keluarga pada RM2.75 sebuku, iaitu harga mampu milik untuk roti putih 500 gram.
Gardenia KL menyifatkan keputusan menaikkan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha bagi memaksimumkan kecekapan operasi dilaksanakan.
Sebelum ini, Gardenia KL telah menaikkan harga produknya bermula 1 Disember.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo