NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pewartaan had umur belia kepada 35 tahun ditangguh - Ahmad Faizal

Ahmad Faizal pada sidang media selepas hadir pada Sesi Town Hall Bersama Komuniti Belia dan Sukan di Negeri Kelantan di Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Kementerian Belia dan Sukan akan menangguhkan pewartaan had umur belia kepada 35 tahun sehingga kesemua persatuan belia atau sukan mengadakan pemilihan mereka sehingga tahun ini.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pewartaan itu akan diteruskan juga selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Majlis Belia Malaysia pada akhir tahun ini.
"Masih dengan keputusan sama. Saya telah berjanji dengan pihak Majlis Belia Malaysia untuk menangguhkan pewartaan umur ke 35 ini membolehkan persatuan sukan yang belum mengadakan pemilihan dan bersedia mengadakan pemilihan umur ke 35 untuk meneruskannya pada tahun ini.
"Maka saya percaya pada penghujung tahun saya kembali berjumpa dengan pihak Majlis Belia Malaysia pastikan semua bersetuju on the same page tentang perkara ini dan kita akan tetap wartakan perkara yang diputuskan Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian ada sidang media selepas hadir pada Sesi Town Hall Bersama Komuniti Belia dan Sukan di Negeri Kelantan di Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan di sini hari ini.
Pada 2019 Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668) yang antara lain menurunkan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun.
Bagaimanapun pewartaan itu tidak dilaksanakan oleh Menteri Belia dan Sukan sebelum ini namun akan diteruskan oleh Ahmad Faizal.
Jelas Ahmad Faizal lagi, pihaknya akan kembali berbincang dengan Majlis Belia Malaysia sebelum pelaksanaan had umur itu.
ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan semua pihak dan mengelakkan tindakan membelakangi pandangan Majlis Belia Malaysia.
Sementara itu mengulas mengenai penganjuran Sukan Malaysia atau Sukma 2026 buat julung kali di kelantan pada 2026, Ahmad Faizal berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan kerajaan negeri Kelantan untuk menjadi tuan rumah penganjuran.
Projek pembangunan fasiliti sukan sedang dan akan berjalan seperti pembinaan Stadium Bukit Merbau, stadium hoki, pusat akuatik dan sebagainya.
Bagaimanapun beliau meminta Kelantan mengambil iktibar dan pengalaman penganjuran Sukma di negeri lain supaya dapat menganjurkan Sukma dengan lebih baik.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo