NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elak 'bilis dikambinghitamkan', Rafizi bakal dedah ahli politik terlibat skandal LCS esok

RAFIZI: "Saya membuat keputusan menamakan ahli politik tersebut untuk mengelakkan beberapa bilis sahaja 'dikambinghitamkan' sedangkan jerung-jerung terlepas." - Astro AWANI

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bakal mendedahkan nama ahli politik yang terlibat dalam penyelewengan wang projek kapal tempur pesisir (LCS) pada Isnin.
Menurutnya, pendedahan itu boleh dibuat ekoran telah mempunyai bukti individu berkenaan terlibat skandal tersebut.
“InsyaAllah esok, 22 Ogos saya akan mendedahkan ahli politik yang terlibat dalam penyelewengan wang projek kapal LCS.

“Dia boleh dinamakan kerana bukti telah ada,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Ahad.

Menurut Rafizi, keputusan untuk mendedahkan nama ahli politik tersebut dibuat bagi mengelakkan nama-nama besar yang didakwa terlibat dalam skandal tersebut terlepas daripada tindakan undang-undang.
“Saya membuat keputusan menamakan ahli politik tersebut untuk mengelakkan beberapa bilis sahaja 'dikambinghitamkan' sedangkan jerung-jerung terlepas.
“Hebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. #AyuhMalaysia kita perangi mat-mat sakau yang merompak duit rakyat," katanya.
Untuk makluman, Rafizi sebelum ini telah memulakan siri pendedahan berhubung isu projek LCS oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan beberapa dakwaan antaranya Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menerima dokumen sebut harga daripada Naval Group (dahulu dikenali sebagai DCNS) sebelum surat lantikan (LOA) kerajaan Malaysia.
Beliau turut mendakwa sebuah syarikat luar pesisir diwujudkan untuk memindahkan sejumlah RM192 juta daripada projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS) ke beberapa akaun luar negara yang tidak dapat dijejaki.
Katanya, siasatan dalaman LCS mendapati, Alizes Marine Limited yang ditubuhkan di Malta, adalah antara syarikat luar pesisir yang banyak menerima bayaran bagi perkhidmatan pembekalan tidak wujud. -- Sinar Harian





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo