NOTIS:

Belum ada lagi....

Pesawat terlepas landasan, juruterbang dilapor tertidur ketika penerbangan

0

Gambar hiasan pesawat Boeing 787-8 Dreamliner milik Ethiopian Airlines ketika mendarat di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 10 Jun 2018. - REUTERS

BRUSSELS: Dua juruterbang sebuah pesawat dipercayai tertidur dan terlepas pendaratan semasa penerbangan dari Sudan ke Ethiopia pada Isnin.
Menurut laporan portal berita penerbangan komersial Aviation Herald, insiden berlaku pada 15 Ogos lalu ketika pesawat Boeing 737-800 milik Ethiopian Airlines itu dalam perjalanan dari Khartoum ke Addis Ababa.
"Apabila juruterbang tertidur" dan "pesawat itu terus melepasi paras terawal untuk pendaratan", tulis laporan itu.
Data menunjukkan pesawat itu terbang pada 37,000 kaki secara mod 'autopilot' apabila ia gagal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bole, Addis Ababa, lapor CNN.
Pusat kawalan trafik udara juga dilapor gagal menghubungi juruterbang pesawat walaupun telah mencuba beberapa kali.
Kedua-dua juruterbang hanya tersedar apabila penggera berbunyi apabila pesawat itu melepasi landasan dan terus terbang di sepanjang laluan.
Pesawat itu mendarat dengan selamat sekitar 25 minit kemudian, mengikut maklumat pada Data Automatic Dependent Surveillance-Broadcast (ADS-B).
"Kami menerima laporan yang menunjukkan pesawat penerbangan Ethiopia ET343 dalam perjalanan dari Khartoum ke Addis Ababa terputus komunikasi buat sementara waktu dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Addis Ababa pada 15 Ogos 2022.
"Penerbangan itu kemudian mendarat dengan selamat selepas komunikasi dipulihkan.
"Anak kapal yang terlibat telah dikeluarkan daripada operasi sementara menunggu siasatan lanjut.
"Tindakan pembetulan yang sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan.
"Keselamatan sentiasa dan akan terus menjadi keutamaan kami," menurut Ethiopian Airlines dalam kenyataan pada Jumaat.
Penganalisis penerbangan Alex Macheras menyatakan rasa terkejutnya dengan "insiden yang sangat membimbangkan" yang dipercayai berpunca daripada keletihan kedua-dua juruterbang terbabit.
"Keletihan juruterbang bukanlah perkara baharu, dan terus menimbulkan salah satu ancaman paling ketara kepada keselamatan udara - di peringkat antarabangsa," katanya di akaun Twitter pada Khamis.
Laporan itu dikeluarkan beberapa bulan selepas juruterbang pesawat Southwest Airlines dan Delta Air Lines memberi amaran tentang isu keletihan juruterbang yang semakin meningkat dan mengundang risiko keselamatan.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo