NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: 3,490 kes baharu, 6 kematian dicatat

Dilaporkan 1,454 kes dirawat di hospital dengan 75 kini ditempatkan di wad ICU di mana 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Jumaat menunjukkan penurunan kepada 3,490 kes berbanding 4,071 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.752 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak enam kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 42,767 dan 96.4 peratus atau 41,212 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,454 kes dirawat di hospital dengan 75 kini ditempatkan di wad ICU di mana 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 3,193 kes sembuh.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo