![]() |
Satu lagi dokumen rahsia mengenai penyelewengan kapal tempur pesisir (LCS) bakal didedahkan kepada rakyat. Gambar kecil: Asyraf Wajdi |
KUALA LUMPUR: Sebuah lagi dokumen rahsia mengenai penyelewengan kapal tempur pesisir (LCS) bakal didedahkan dalam masa terdekat, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau memaklumkan, dokumen laporan forensik audit mengenai kelewatan perolehan kapal berkenaan akan didedahkan selepas mendapat arahan daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenainya.
"Menurut Datuk Seri Hishammuddin, beliau telah mengarahkan pihak Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) menyahklasifikasikan satu lagi dokumen rahsia untuk membolehkan satu lagi laporan dikongsikan kepada rakyat iaitu dokumen Laporan Forensik Audit Mengenai Kelewatan Kapal LCS.
"Laporan tersebut akan menjelaskan lagi aspek dan dalang penyelewengan dan korupsi yang berlaku," katanya dalam hantaran di Facebooknya, di sini, pada Jumaat.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment