NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nurul Izzah kembali berumah tangga

Nurul Izzah dan suami diapit oleh Anwar dan Dr Wan Azizah selepas pernikahan pasangan itu semalam. Gambar Facebook Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Selepas kira-kira tujuh tahun bergelar ibu tunggal, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong, semalam.

Perkahwinan itu diumumkan oleh pasangan pengantin baharu terbabit menerusi kenyataan media mereka yang dikongsi dalam akaun Facebook Nurul Izzah Anwar, tengah malam tadi.

"Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir." (QS. Ar-Rum: 21)

"Kami memohon doa kalian semua - agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT," ungkap pasangan itu dalam kenyataan terbabit.

Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, tetapi berakhir dengan perceraian pada 2015.

Difahamkan, sebelum ini Shao Loong pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat, yang diketuai oleh Nurul Izzah.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik Pejabat Menteri Besar Selangor ketika pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Sumber | BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo