NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sekurang-kurang 7 termasuk kanak-kanak, komander pejuang Palestin maut serangan Israel

Rakyat Palestin tidak dapat menahan kesedihan di hospital susulan serangan Israel ke atas Gaza, hari ini. - REUTERS

GAZA: Sekurang-kurang tujuh dilaporkan maut, termasuk seorang kanak-kanak dan komander kumpulan pejuang Palestin, dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza, hari ini.

Tentera Israel mendakwa serangan itu menyasarkan gerakan Jihad Islam Palestin, sekali gus menyaksikan kumpulan pejuang terbabit berikrar untuk melancarkan tindak balas ke atas Tel Aviv.

Pegawai kesihatan tempatan berkata, sekurang-kurangnya tujuh terkorban meliputi seorang kanak-kanak berusia lima tahun, manakala sekurang-kurang 40 lagi cedera dalam serangan berkenaan.

"IDF (tentera Israel) sedang menyerang Semenanjung Gaza. Satu situasi khas telah diisytiharkan di Israel," menurut pihak tentera itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Seorang pegawai Jihad Islam Palestin memaklumkan bahawa komander kanan kumpulan terbabit, Tayseer al-Jaabari, terbunuh dalam serangan berkenaan yang dilaporkan mengenai beberapa sasaran di sekitar kawasan semenanjung yang padat dengan penduduk itu.

Serangan itu menyusul beberapa hari selepas ketegangan kian memuncak berikutan penahanan pemimpin kanan Jihad Islam Palestin, Bassam al-Saadi, dalam serbuan di bandar Jenin, Tebing Barat, awal minggu ini.

Rejim Zionis turut menutup semua lintasan Gaza dan beberapa laluan berhampiran kerana bimbang akan serangan balas daripada kumpulan itu yang mempunyai kubu kuat di Gaza.

Dalam satu kenyataan disiarkan televisyen Al Mayadeen, pemimpin Jihad Islam Palestin, Ziad Al-Nakhala, berikrar untuk melancarkan serangan balas.

"Tidak ada batas dalam pertempuran ini dan Tel Aviv akan tumbang bawah roket penentangan, begitu juga dengan kesemua bandar Israel," katanya. - REUTERS






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo