NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3.78 juta ketibaan pelancong direkod di Thailand

Sebilangan pelancong asing mengambil gambar matahari terbenam di Pulau Phuket. - Foto REUTERS

BANGKOK: Thailand menyaksikan seramai 3.78 juta ketibaan pelancong dari Januari hingga 17 Ogos lalu.
Jurucakap kerajaan Thailand berkata, ketibaan itu terutamanya dari Malaysia, India dan Singapura menjana pendapatan 176 bilion baht.
Thailand akan melanjutkan tempoh visa semasa ketibaannya yang terpakai kepada warga India, China dan Arab Saudi dari 15 hari kepada 30 hari mulai Oktober.
Langkah itu bertujuan untuk meningkatkan sektor pelancongan apabila ia pulih daripada kemerosotan akibat pandemik.
Tahun lalu, ketibaan asing menjunam kepada hanya 428,000 disebabkan wabak itu berbanding rekod hampir 40 juta pada 2019 yang menyumbang kepada kira-kira 12 peratus daripada KDNK.
Ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu menjangkakan 8 juta hingga 10 juta ketibaan tahun ini, melebihi unjuran awal 7 juta.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo