NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

10 maut nahas treler di Bekasi

Kejadian pada 11 pagi waktu tempatan itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang mengalami masalah brek sebelum merempuh perhentian bas. - Foto Reuters

JAKARTA: Seramai 10 orang maut termasuk tujuh murid dalam satu nahas jalan raya melibatkan sebuah treler, trak pikap dan dua motosikal, berhampiran kawasan sekolah di Bekasi, Jawa Barat pada Rabu.
Ketua Pesuruhjaya Trafik Polis Metro Jaya, Latief Usman berkata kejadian pada 11 pagi waktu tempatan itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang mengalami masalah brek sebelum merempuh perhentian bas.
Rempuhan itu turut menyebabkan tiang telekomunikasi tumbang dan menghempap trak pikap.
Latief berharap jumlah mangsa yang maut tidak bertambah, menurut laporan media.
Treler berkenaan turut merempuh ibu bapa dan murid Sekolah Rendah Kota Bekasi yang baru menamatkan sesi persekolahan.
Beliau berkata polis akan meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo