NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UPSI guna tiga cara bantu mahasiswa depani kenaikan harga barang

imbalan Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Maskana Ahmad bersama Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Prof Madya Dr Mohd Izwan Shahril membuat tinjauan di kafetaria kolej kediaman. - Gambar UPSI

KUALA LUMPUR: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan tiga kaedah dalam membantu mahasiswa mendepani cabaran kenaikan harga barang ketika ini.
Tiga kaedah ini melibatkan kerjasama pengusaha kafeteria di kampus berkenaan yang mana mahasiswa dibantu dari segi pembelian makanan harian mereka.
"Mesyuarat telah memutuskan bahawa UPSI akan melaksanakan tiga langkah untuk membantu kebajikan pelajar iaitu dengan menyediakan menu Keluarga Malaysia mengikut kreativiti pengusaha kafeteria dengan harga selaras saranan Kemeterian Pengajian Tinggi (KPT)
"Selain itu UPSI akan mewujudkan 'Food Barakah Campaign' iaitu menyediakan tabung khas di setiap kafe untuk pembeli menyumbangkan baki bayaran bagi menampung dana kebajikan di kampus.
"Antara lain, UPSI turut bercadang untuk tampil dengan kempen 'Tapau Kit' yang mana mahasiswa membawa bekas sendiri ketika membeli makanan dan harga makanan akan dikurangkan oleh pengusaha kafe," menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin.
Jelas beliau lagi, 80 peratus pelajar UPSI adalah terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah, B40.
"Langkah ini juga sebagai persediaan awal pihal UPSI dalam menerima semula kemasukan keseluruhan pelajar UPSI mulai Ogos bagi pelajar diploma dan Oktober bagi pelajar sarjana muda serta pasca siswazah," katanya.
Sebelum ini, satu mesyuarat telah diadakan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Maskana Ahmad bersama pegawai BHEP dan pengusaha kafeteria kolej kediaman bagi berbincang serta mencari kaedah terbaik dalam memelihara kebajikan pelajar.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo