NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tindakan Akan Diambil Terhadap Pelaku Hina Islam


9 JULAI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan yang tidak senonoh atau menghina kesucian agama Islam.

Beliau berkata, sekiranya mengenal pasti perbuatan sedemikian, siasatan akan dilakukan dan tindakan selanjutnya akan diambil khususnya melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku agensi yang bertanggungjawab.

Menurutnya, pihak berkuasa agama negeri juga akan dihubungi untuk bertindak berdasarkan lokasi pelaku terbabit.

“Jika berlaku melalui media sosial pihak saya akan minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ambil tindakan.

“Insya-Allah inilah tertib kerja kita. Teruskan melapor, ini tanggungjawab bersama,” katanya di Facebooknya hari ini.

Hari ini tular video melibatkan seorang wanita dipercayai menghina kesucian agama Islam di sebuah kelab komedi di sekitar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.


Sumber | BBC Portal.my 





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo