NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiga premis hiburan sekitar Jalan Tun Razak, Taman Miharja diarah tutup


KUALA LUMPUR: Tiga premis hiburan sekitar Jalan Tun Razak dan Taman Miharja, di sini, diarahkan tutup serta-merta dan disita peralatan kerana beroperasi tanpa lesen.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan menyebut, ketiga-tiga premis itu dikenakan tindakan di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992, termasuk membuka tiga kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) akta yang sama berikutan mengadakan aktiviti hiburan (muzik) tanpa kebenaran.

DBKL menyebut, premis terbabit dikenakan tindakan dalam 

Operasi Bersepadu Premis Hiburan, yang dijalankan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, semalam dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Enam premis hiburan diperiksa dan tiga daripadanya diarah tutup serta-merta dan peralatannya disita.

"Tiga premis terbabit juga dikenakan lima kompaun kerana menggajikan warga asing bagi membantu menjalankan aktiviti perniagaan di bawah Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Undang Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016," kata kenyataan itu.

DBKL menyebut, 15 peralatan muzik turut disita daripada premis terbabit, termasuk pembesar suara, alat pemutar muzik, kawalan bunyi dan komputer riba.

Semua peralatan yang disita itu dihantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.


Sumber | BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo