NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Teliti beberapa perkara pelaksanaan penjimatan perbelanjaan perkhidmatan awam - Cuepacs

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata, antara perkara yang dimaksudkan termasuklah hal-hal yang melibatkan perjawatan. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan meneliti beberapa perkara dalam melaksanakan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam, terutama perkara yang boleh mengakibatkan 'gangguan' kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat yang menyifatkan langkah kerajaan mengeluarkan garis panduan penjimatan itu sebagai 'kepimpinan melalui teladan' berkata, antara perkara yang dimaksudkan termasuklah hal-hal yang melibatkan perjawatan.
Katanya terdapat banyak kekosongan perjawatan yang tidak diisi ketika ini dan jika ia diperketatkan, Cuepacs bimbang banyak jabatan akan terjejas, terutama sektor penting seperti kesihatan, keselamatan atau perkhidmatan langsung kepada rakyat.
"Adalah tidak wajar jika kerajaan memotong perbelanjaan sehingga mengakibatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam terjejas. Akhirnya perkhidmatan awam akan dihakimi oleh rakyat sebagai gagal kerana tidak mampu memberi perkhidmatan yang terbaik.
"Cuepacs tidak boleh bertolak ansur sekiranya penjimatan atau potongan perbelanjaan itu melibatkan perkara penting atau memberi kesan kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam," katanya dalam kenyataan hari ini susulan pengeluaran garis panduan penjimatan oleh kerajaan baru-baru ini.
Adnan bagaimanapun berkata perkara-perkara lain yang disentuh oleh garis panduan itu adalah wajar wajar dan perlu diambil tindakan oleh semua warga perkhidmatan awam terutama ketua-ketua jabatan bagi memastikan kejayaannya.
Menurutnya setiap ketua jabatan perlu bijak menilai perkara yang perlu dan tidak perlu.
"Setiap perkara yang tidak jelas perlulah dirujuk terus kepada Kementerian Kewangan bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat tidak memberi kesan kepada perkhidmatan awam," katanya.
Beliau juga berharap pelaksanaan garis panduan itu tidak menjejaskan pelaksanaan segala inisiatif kepada penjawat awam yang diumumkan dalam Bajet 2022 termasuk gantian cuti rehat (GCR) boleh ditebus 80 hari yang sehingga kini belum dilaksanakan.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo