NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel lancar serangan udara ke atas kedudukan Hamas di Gaza

Pesawat pejuang Israel dilaporkan melancarkan serangan udara ke atas dua kubu kuat kumpulan Hamas yang terletak di Semenanjung Gaza. - Foto AP

BANDARAYA GAZA: Pesawat pejuang Israel dilaporkan melancarkan serangan udara ke atas dua kubu kuat kumpulan Hamas yang terletak di Semenanjung Gaza.
Serangan udara itu menyasarkan kilang roket Hamas dan kemudahan pengeluaran senjata, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tentera Israel.

Kilang itu merupakan pusat pengeluaran roket terbesar di Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan berkenaan serangan itu sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan akibat serangan itu.
Tentera Israel sebelum ini mendakwa satu daripada dua roket yang dilancarkan dari Gaza ke bandar Ashkelon baru-baru ini berjaya dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara Iron Dome.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo