NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pulau Pinang harap kerajaan Persekutuan campur tangani isu bekalan air

Keadaan di Loji Rawatan Air Sungai Muda minggu lalu yang menjejaskan perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang. - Gambar fail/PBAPP

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) meminta kerajaan Persekutuan agar campur tangan dalam usaha mengurangkan risiko bekalan air di negeri itu.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan air melibatkan Sungai Muda yang akan menjejaskan perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang.
“Lebih 80 peratus air mentah yang diabstrak setiap hari oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) datangnya dari Sungai Muda. Oleh itu, sebarang kejadian yang melibatkan Sungai Muda akan menjejaskan perkhidmatan bekalan air kepada kira-kira 80 peratus penduduk Pulau Pinang dan perniagaan yang berpusat di Pulau Pinang.
"Kesan banjir kilat di Baling, Kedah baru-baru ini, telah membuktikan bahawa ia adalah fakta. Pada 6 Julai lalu, air banjir menyebabkan kekeruhan air mentah (NTU) dari Sungai Muda tiba-tiba meningkat sehingga 3,000 NTU,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya lagi, kekeruhan air Sungai Muda terlalu tinggi menyebabkan PBAPP terpaksa menghenti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua yang sekali gus menjejaskan perkhidmatan bekalan air selama 6 hari di negeri itu.
Justeru, Chow berkata, untuk meminimumkan risiko berulang, kerajaan negeri Pulau Pinang dan PBAPP menyeru kerajaan Persekutuan menubuhkan “Lembaga Lembangan Ulu Muda” (UMBA) untuk memulihara, mengurus dan melindungi seluruh lembangan sungai Sungai Muda sebagai aset di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Chow berkata, pembalakan di Ulu Muda juga harus dihentikan bagi mengurangkan risiko lebih banyak banjir kilat selain menghalang Kedah daripada melaksanakan projek lapangan terbang Kulim dan cadangan perlombongan unsur nadir bumi (REE) di lembangan sungai Sungai Muda.
Chow berkata, kerajaan juga harus mempercepatkan penyiapan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) dan melaksanakan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) sebagai sumber air mentah kedua.
“Sungai Muda telah menjadi sumber air mentah utama Pulau Pinang sejak 1973. Kita sangat-sangat memerlukan sumber air mentah kedua. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBAPP telah membuat cadangan pelaksanaan SPRWTS sejak 2011.
"Sehingga hari ini, Kerajaan Persekutuan menegaskan Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu berunding terus dengan Kerajaan Negeri Perak. Kita telah menghadiri beberapa sesi rundingan langsung tetapi tidak berjaya,” ujar Chow.
Tegas beliau lagi, kejadian banjir di Kedah seperti baru-baru ini boleh menyebabkan isu bekalan air yang meluas di Pulau Pinang kerana Sungai Muda merupakan sumber air mentah yang dikongsi bersama.
Sehubungan itu, katanya, campur tangan kerajaan dianggap sebagai keperluan yang mendesak dalam usaha mengurangkan risiko air yang tinggi di Pulau Pinang.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo