NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pindaan perlembagaan lulus: UMNO sedia ikut ketetapan RoS

Ahmad berkata, pada mesyuarat MKT 4 Ogos juga akan ditetapkan semula tarikh pemilihan bagi 22,000 cawangan yang sebelum ini ditetapkan pada bulan September. - Gambar fail

PONTIAN: UMNO bersedia untuk mengikut ketetapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) berhubung pindaan Perlembagaan parti itu yang diluluskan RoS semalam.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata satu masyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan diadakan pada 4 Ogos ini bagi membincangkan ketetapan yang dibuat RoS selain mengesahkan tarikh berhubung mesyuarat parti berkenaan.
Katanya hanya sedikit pindaan dibuat RoS iaitu pemilihan parti diadakan dalam tempoh pilihan 18 bulan kepada dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan.
"Banyak perkara yang dikekalkan dalam pindaan yang diluluskan tersebut, selaras dengan hasrat UMNO. Ditetapkan satu pemilihan bagi satu penggal... Lagi yang dikekalkan ialah pemilihan dibuat selepas PRU bagi cawangan, bahagian, pemuda dan puteri.
"Perkara yang dikekalkan lagi ialah pemilihan ini dibuat tiga tahun sekali. Namun MKT boleh tangguhkan tidak lebih enam bulan selepas PRU dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Terbaik di seluruh Malaysia di Sekolah Menengah Arab An-Nur di Benut di sini, hari ini.
Semalam, Ahmad dilaporkan berkata RoS meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti tidak lebih dari enam bulan selepas PRU dan keputusan RoS itu diterimanya petang semalam menerusi sepucuk surat.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata pada mesyuarat MKT 4 Ogos juga akan ditetapkan semula tarikh pemilihan bagi 22,000 cawangan yang sebelum ini ditetapkan pada bulan September.
"Ia (mesyuarat MKT) juga akan menyentuh mengenai masyuarat bahagian dan masyuarat Agong UMNO yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada bulan November dan Disember depan. Kami akan tetapkan semula tarikh tersebut dan menetapkan tiada pemilihan cawangan, bahagian dan MKT, ini bermaksud pemilihan dibuat selepas PRU.
"Tidak perlu pemilihan dalam parti dalam waktu terdekat, jadi kami boleh lebih fokus kepada PRU. Jawatan sedia ada akan kekal sehingga PRU, ia boleh menstabilkan lagi kedudukan parti dalam menghadapi PRU," katanya.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo