NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac nafi terlibat dengan politik wang raih undi

Pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac menafikan dakwaan mengamalkan politik wang bagi meraih undi dalam Pemilihan PKR 2022 yang berlangsung baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac menafikan dakwaan mengamalkan politik wang bagi meraih undi dalam Pemilihan PKR 2022 yang berlangsung baru-baru ini.
Pegawai politik pejabat Hans, Nadhirah Farhanah dalam satu kenyataan berkata, penyandang Ketua Cabang Ampang yang baharu itu sentiasa bersikap profesional dan berintegriti dalam melaksanakan sesuatu tugas.
“Sekali lagi, ditegaskan bahawa Hans sama sekali tidak terlibat dan menafikan semua dakwaan yang dilemparkan serta tohmahan palsu itu,” kata kenyataan tersebut yang dimuat naik di laman sosial Hans, malam ini.
Terdahulu, tular sepucuk surat dialamatkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mendakwa Hans terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu bagi Cabang Ampang pada 29 Jun lalu.
Berdasarkan surat itu, Hans atau nama sebenar Gerald Hans Isaac, dan wakilnya didakwa 'membeli undi' melalui pengecaman gelang tangan bercetak 'Ayuh Ampang Baru'.
Mengulas lanjut, Nadhirah berkata tindakan tersebut disifatkan satu cubaan untuk menjatuhkan nama baik dan reputasi dalam karier politik Hans.
Tegasnya lagi, sistem demokrasi yang diamalkan pada ketika ini nyata menunjukkan Hans merupakan pilihan pengundi PKR di Ampang, selain sokongan pengundi atas pagar yang mahukan pembaharuan.
Justeru, Nadhirah berkata Hans akan menyerahkan kenyataan rasmi dan laporan kepada pihak berwajib dan JPP bagi menganalisis serta meniliai aduan dan tuduhan tidak berasas itu bagi menepis segala fitnah yang dilemparkan.
Hans menang dengan 748 undi pada Pemilihan PKR Cabang Ampang yang diadakan semula pada 29 Jun lalu.
Pada 29 Mei lalu, Daing Muhammad Reduan Bachok menewaskan Hans dan seorang lagi selebriti, Altimet dalam persaingan merebut jawatan Ketua Cabang.
Bagaimanapun, berikutan dakwaan pelanggaran etika dalam pemilihan cabang berkenaan, JPP PKR telah menubuhkan panel siasatan yang kemudiannya mendapati Daing Muhammad terlibat dalam kegiatan "membeli undi".

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo