NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mat Sabu rancang turun protes

Mohamad Sabu memaklumkan bahawa beliau dalam perancangan untuk turun ke jalan raya semula bagi mengadakan protes berhubung isu-isu negara. -Astro AWANI

PETALING JAYA: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu memaklumkan bahawa beliau dalam perancangan untuk turun ke jalan raya semula bagi mengadakan protes berhubung isu-isu negara.
Ujar beliau, antara isu-isu yang akan disuarakan adalah melibatkan kenaikan harga barangan, rasuah serta penyelewengan.
“Kalau ia perlu maka saya akan turun. Memang saya (dalam perancangan) akan turun ke jalan raya semula.
“Tidak ada tarikh lagi, ini baru di peringkat mukadimah,” katanya ketika ditemui petugas media selepas Sidang Nadi Rakyat yang diadakan di sebuah hotel pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) juga akan berbincang dengan pihak-pihak lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya turun bersama-sama dan menyertai protes berkenaan.
Menurutnya, protes tersebut dijangka dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Bila-bila (sahaja akan) diputuskan, sebab kerajaan tidak mendengar hujah-hujah kita.
“Kita akan bincang dengan NGO lain, kalau boleh bersama dengan semua kumpulan. Mesti tahun ini iaitu sebelum pilihan raya,” ujarnya. -Sinar Harian





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo