NOTIS:

Belum ada lagi....

Israel pintas dron Hizbullah

0

Tentera Israel memaklumkan menembak jatuh tiga dron yang dilancarkan kumpulan Hizbullah di Laut Mediterranean. - Foto AP

BAITULMAQDIS: Kumpulan pergerakan Hizbullah Lubnan menghantar tiga dron tidak bersenjata ke arah pelantar gas Mediterranean Israel yang didakwa dipintas oleh tentera negara itu. 

Hizbullah yang disokong Iran berkata, dron yang dilancarkan ke arah medan gas Karish di perairan yang dituntut oleh kedua-dua negara itu adalah dalam misi peninjauan.

"Mesej berkenaan sudah dihantar," katanya.

Setakat ini, tiada maklum balas segera daripada pihak berkuasa Lubnan terhadap insiden itu yang berlaku di tengah-tengah ketegangan mengenai lokasi pelantar Israel dengan sebelum ini Amerika Syarikat (AS) menjadi pengantara, tetapi tidak membuahkan hasil untuk mendapatkan persetujuan mengenai sempadan maritim terbabit.

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz, berkata Hizbullah 'menghalang negara Lubnan daripada mencapai persetujuan mengenai sempadan maritim yang penting kepada ekonomi dan kemakmuran negara itu'.

Tentera Israel berkata, tenteranya memintas tiga pesawat tanpa pemandu (UAV) yang menghampiri ruang udara di atas perairan ekonomi Israel.

Sumber keselamatan Israel juga berkata, dron berkenaan tidak bersenjata.

Pintasan semalam adalah kali pertama sistem pertahanan udara yang dipasang pada kapal tentera laut Israel menjatuhkan sasaran yang memasuki kawasan dikawal, kata tentera - REUTERS






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo