NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cuaca panas ekstrem, jerebu skala besar dijangka tidak berlaku - METMalaysia

METMalaysia tidak menjangkakan akan berlaku keadaan panas yang ekstrem apatah lagi kemarau. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Negara dijangka tidak akan mengalami cuaca panas ekstrem atau kemarau berpanjangan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, keadaan La Nina yang dijangka berterusan sepanjang tahun ini menyebabkan cuaca rantau Pasifik Barat termasuk Malaysia lebih lembap.
"Susulan itu, METMalaysia tidak menjangkakan akan berlaku tempoh hari tanpa hujan yang berpanjangan. Jabatan juga tidak menjangkakan akan berlaku keadaan panas yang ekstrem apatah lagi kemarau sepanjang Monsun Barat Daya kali ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, pada Khamis.
METMalaysia juga menjangkakan fenomena jerebu berskala besar tidak akan berlaku biarpun cuaca panas dan kering ketika ini.
"Walau bagaimanapun, jerebu setempat pada skala kecil masih boleh berlaku di mana-mana saja, selalunya disebabkan kecuaian atau aktiviti masyarakat seperti pembakaran terbuka dan lain-lain," katanya lagi.
Monsun Barat Daya telah bermula pada Mei lalu dan akan berterusan sehingga pertengahan September 2022.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo