NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Usahawan, profesional Malaysia sumbang idea, pengalaman untuk bantu bangunkan Afghanistan

Delegasi Organisasi Inisiatif Malaysia dan Afghanistan (OMAI) berkampung selama enam hari di Kabul, Afghanistan bagi merangka pelan strategi pembangunan industri untuk negara tersebut. - Foto ihsan OMAI

KUALA LUMPUR: Delegasi Organisasi Inisiatif Malaysia dan Afghanistan (OMAI) berkampung selama enam hari di Kabul, Afghanistan bagi merangka pelan strategi pembangunan industri untuk negara tersebut.
Usaha tersebut merupakan salah satu daripada agenda dan komitmen masyarakat dan organisasi sivil di Malaysia yang disokong oleh kerajaan Malaysia.
Dalam kenyataan media pada Khamis, Pusat Kemanusiaan dan Pembangunan Malaysia berkata usaha itu juga adalah untuk melihat Afghanistan membangun menjadi sebuah negara yang maju setelah melalui tempoh peperangan dan ketidakstabilan lebih empat dekad.
"Usaha ini telah dirintis oleh Penasihat Khas Hal Ehwal Afghanistan kepada Menteri Luar Malaysia, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman susulan daripada misi pertama beliau ke Afghanistan pada Februari 2022 yang lalu selepas berlakunya perubahan kepimpinan negara tersebut kepada Taliban pada Ogos 2021.
"Kehadiran delegasi OMAI mendapat kerjasama erat Kementerian Industri dan Perdagangan Emiriah Islam Afghanistan (EIA) melalui menterinya Nooruddin Azizi serta Menteri Luar Negeri EIA, Amir Khan Muttaqi.
"Delegasi disertai oleh usahawan, profesional dan juga mantan pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai kepakaran di dalam pelbagai sektor seperti sistem perbekalan dan pengurusan air, sistem zakat dan muamalat Islam dan pelbagai sektor lain," menurut kenyataan itu.
Delegasi dari Malaysia diketuai Profesor Datuk Dr Kamarul Azizi Ibrahim yang turut berkampung di sana.
Menurut kenyataan itu lagi, usaha itu bukanlah sesuatu yang baharu yang mana Malaysia sebelum daripada ini juga pernah melakukan usaha yang sama seperti di Bosnia Herzegovina, Afrika Selatan dan juga Kemboja.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo