NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir Baling: 'Bagi pihak kerajaan negeri, saya mohon ampun dan maaf' - Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mewakili kerajaan negeri membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penduduk yang terkesan dengan tragedi banjir dan kepala air. - Foto Astro AWANI

BALING: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mewakili kerajaan negeri membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penduduk yang terkesan dengan tragedi banjir dan kepala air yang berlaku pada 4 Julai lalu, yang mana turut mengorbankan tiga nyawa.
Menurutnya, permohonan maaf itu dibuat sekiranya wujud kesilapan secara tidak langsung daripada mana-mana pihak termasuk pentadbiran kerajaan-kerajaan sebelum ini yang dikatakan menjadi sebab kepada tragedi yang berlaku minggu lalu.

"Kalau kejadian ini ada sebab daripada kerja tangan kerajaan (negeri), (berlaku daripada) kesilapan-kesilapan (yang dilakukan) walaupun saya tak nampak kesilapan itu disengajakan untuk mendatangkan bencana pada masa ini...

"...Bagi pihak kerajaan negeri saya memohon ampun dan maaf, kepada tuan-tuan semua dan saudara mara kita di kampung dan taman yang terkesan dengan banjir lumpur yang telah melanda beberapa kawasan sekitar Kupang minggu lalu.
"Selain daripada kesilapan (itu) bencana ini adalah takdir daripada Allah, yang turut terjadi di kawasan yang tidak digondolkan (seperti) di Gunung Jerai, tiada penggondolan (berlaku) tetapi banjir dan aliran puing tetap terjadi.
"Jadi apabila Allah kata jadi, (maka) jadilah, walaupun hutan belantara tebal, masih berstatus dara, di Gunung Jerai tetapi tetap ada kepala air, dan terjadi juga di kawasan hutan yang dicerahkan," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan bantuan wang ihsan sewa rumah kepada 17 mangsa banjir dan kepala air di Pejabat Daerah dan Tanah Baling, pada Khamis.
Tambah Muhammad Sanusi, permohonan maaf berkenaan turut dibuat atas kelemahan-kelemahan sebagai manusia yang mentadbir sesuatu negeri, kerana tidak dapat melindungi rakyat secara sepenuhnya.
Bagaimanapun, jelasnya permohonan maaf itu juga tidak menggambarkan bahawa beliau mengakui keseluruhan kesilapan berpunca daripada kerajaan kerajaan negeri yang ditadbirnya ketika ini.
Sebaliknya, ia dibuat atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab kepada rakyat setempat.
Semalam, beliau menyatakan bahawa tidak akan sesekali terlibat dalam 'blame game' yang dimainkan pihak tertentu berhubung isu tragedi kepala air dan banjir yang berlaku di Kupang, Baling.
Menurutnya, fokus utama pentadbiran beliau adalah bagi memastikan rakyat yang terkesan dalam bencana berkenaan dapat dibantu, sekali gus meringankan bebanan yang dipikul mereka.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo