NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Singapura sahkan Presiden Sri Lanka dibenar masuk ke republik itu

Gotabaya Rajapaksa telah tiba dan dibenarkan masuk ke republik itu selepas pesawatnya mendarat di lapangan terbang Changi pada sekitar jam 7.22 malam Khamis. - Foto AFP

SINGAPURA: Singapura mengesahkan Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dibenarkan masuk ke republik itu selepas pesawatnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada sekitar jam 7.22 malam Khamis.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Singapura, Rajapaksa dibenar masuk ke negara itu atas tujuan lawatan peribadi.
“Beliau tidak memohon untuk mendapatkan perlindungan dan tidak akan diberikan sebarang hak perlindungan sama sekali.
“Singapura secara amnya tidak akan memberikan hak perlindungan,” jelas kenyataan tersebut.
Terdahulu, Rajapaksa dilapor berlepas ke Singapura dengan menaiki pesawat Saudia 788 dari Male, Maldives dan seterusnya akan berlepas ke Arab Saudi.
Pesawat yang dinaikinya itu menjadi kapal terbang yang paling dijejaki di dunia pada Khamis.
Pesawat Saudia 788 yang berlepas dari Male telah dijejaki kira-kira 5,000 pengguna pada 7.43 pagi waktu tempatan, berdasarkan data Flightradar24.com.
Sewaktu ketibaannya di Lapangan Terbang Changi, lebih 10,000 orang direkod menjejak pergerakan pesawat itu di laman web Flightradar24.com.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo