NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Samsung lancarkan memori GDDR6 24Gbps pertama dunia untuk GPU


Samsung hari ini mengumumkan mereka kini mengeluarkan modul memori GDDR6 pertama dunia dengan kelajuan 24Gbps. Cip memori ini dibangunkan menggunakan teknologi 10nm EUV Samsung. Ia menyasarkan untuk digunakan pada kad grafik generasi terkini, komputer riba, konsol, dan sistem kecerdasan buatan pada komputer berprestasi tinggi (HPC).

Memori ini adalah sehingga 30% lebih pantas berbanding memori DDR6 18Gbps yang dikeluarkan oleh Samsung sebelum ini. Keperluan memproses data untuk kecerdasan buatan, dan metamesta memerlukan sistem yang lebih pantas berbanding generasi sebelum ini.

Samsung turut menawarkan memori yang menggunakan kuasa lebih rendah untuk digunakan pada komputer riba. Memori 20Gbps dan 16Gbps ini menggunakan kuasa 20% lebih rendah pada voltan 1.1V berbanding 1.35V yang digunakan memori GDDR56 lain di pasaran.

Sumber | Amanz, Samsung





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo