NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Baling dilanda banjir, air Sungai Kupang melimpah, batang kayu 'singgah' depan rumah

Hujan lebat hampir tiga jam di daerah Baling menyebabkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki penempatan penduduk di empat kampung. - Gambar APM

BALING: Hujan lebat hampir tiga jam di daerah Baling menyebabkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki penempatan penduduk yang berdekatan.
Air sungai yang mengalir deras turut membawa batang pokok dan sampah sarap sehingga memenuhi jalan dan kediaman penduduk.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA), Rasidah Kassim berkata, sehingga jam 9 malam, empat kampung terjejas dengan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
"Kampung terjejas ialah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di mukin Kupang serta Kampung Sedim dan Kampung Jernang di mukim Bakai.
"PPS pula dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Iboi, SK Sheik Sheh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai," katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya, jumlah rumah serta mangsa yang terbabit dalam bencana itu masih dikenal pasti.
"APM telah menghantar pasukan bagi melakukan tinjauan dan memindahkan mang yang terjejas," katanya.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo