NOTIS:

Belum ada lagi....

Zahid desak PRU15 awal kerana takut dipenjara, kata Sanusi

0


GEORGE TOWN:
Malaysia akan hancur sekiranya rakyat memilih “satu atau dua pemimpin gila kuasa,” yang hanya mahu menyelamatkan diri mereka untuk mentadbir negara, kata Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Md Nor hari ini.

Beliau berkata, dakwaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi awal hari ini bahawa PAS tidak berminat untuk mengadakan pilihan raya awal kerana bimbang kehilangan 18 kerusi adalah silap kerana negara mempunyai perkara lain yang lebih penting untuk diselesaikan.

Sanusi berkata, Zahid yang kini berdepan perbicaraan kes rasuah bertegas mahu mengadakan pilihan raya umum (PRU) lebih awal kerana takut dipenjarakan.

“Dia takut masuk penjara kalau PRU lambat. Talian hayat dia untuk elak masuk penjara hanyalah cuba merebut kuasa untuk memastikan kluster mahkamah dapat diselamatkan daripada hukuman melalui campur tangan kerajaan baharu,” kata menteri besar Kedah kepada FMT.

Sanusi berkata, Zahid juga mengadakan Perhimpunan Agung Khas Umno untuk menangguhkan pemilihan parti kerana takut hilang jawatan.

“Jawatan ini penting supaya dia dapat sign (tandatangan) watikah calon BN dalam PRU15. Jika rakyat memilih mereka ini lagi, negara akan hancur atas kepentingan seorang dua pemimpin yang gila kuasa untuk selamatkan diri.

“Calon-calon terpilih untuk bertanding dalam PRU15 nanti akan dipastikan dapat menjalankan agenda menyelamatkan presiden daripada dipenjara jika membentuk kerajaan baharu…ini saja talian hayat yang dia ada,” katanya.

Sanusi juga meramalkan PAS bersama Perikatan Nasional (PN) akan menang lebih banyak kerusi jika menentang Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin “kluster mahkamah” kerana “pengundi sudah serik dengan dua gabungan ini”.

Terdahulu, Zahid menyindir Presiden PAS, Abdul Hadi Awang Hadi kerana mendakwa hanya mereka yang kemaruk kuasa mahu pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat walaupun rakyat menghadapi pelbagai masalah ekonomi ketika ini.

Hadi berkata, beliau telah berulang kali menyatakan bahawa perkara lain lebih penting, seperti ancaman pandemik Covid-19.

Pilihan raya umum akan datang perlu diadakan selewat-lewatnya pertengahan September 2023 kerana penggal Parlimen tamat pada 16 Julai tahun depan.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo