NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah Kes Zahid usung fail kes ke rumah Muhyiddin akan terbongkar dengan pengakuan Presiden PAS?


 

Satu dokumen bertarikh 29 Mei 2022, yang dikatakan pengakuan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan fail peribadi kes jenayah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tular di media sosial, hari ini.

Dokumen itu dikatakan ditandatangani Abdul Hadi setelah membuat pengakuan dengan menyatakan “Saya dengan ini mengesahkan bahawa pernyataan-pernyataan di atas adalah pernyataan saya sendiri dan adalah fakta dalam pengetahuan saya”.

Menurut dokumen berkenaan, Ahli Parlimen Marang itu dipetik sebagai membuat pengakuan bahawa Zahid menunjukkan kepadanya fail peribadi berkaitan kes jenayah beliau (Zahid).


Dokumen berkenaan menyatakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berbuat demikian ketika perbincangan peribadi dengan Abdul Hadi ketika satu perjumpaan di rumah Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

“Pada awal bulan Mac 2020, saya telah hadir di rumah Tan Sri Annuar Musa bagi pra-perbincangan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” menurut dokumen yang memetik Abdul Hadi sebagai berkata.

Menurut dokumen itu ketika di rumah Annuar, Zahid berbincang secara peribadi dengan Abdul Hadi sambil membangkitkan berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Memetik dokumen itu, Abdul Hadi dilaporkan berkata:

“Saya menyatakan Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai peruntukan wajib berkenaan jawatan tersebut.

“Kemudian beliau menunjukkan kepada saya fail peribadinya berkenaan kes jenayah terhadapnya.


“Saya menasihatkannya supaya kita menyelesaikan dulu masalah kerajaan dan bukan hal-hal lain.”

Dokumen itu turut memetik Abdul Hadi sebagai berkata mereka telah pergi ke rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak jauh dari rumah Annuar bagi membincangkan penubuhan Kabinet Kerajaan PN.

Presiden PAS itu dipetik sebagai berkata:

“Selepas tamat mesyuarat tersebut, Zahid yang pada asalnya mengiringi saya keluar untuk pulang telah berpatah balik masuk semula ke rumah Muhyiddin.

Saya sedari bahawa Zahid mahu membincangkan tentang fail peribadinya yang ditunjukkan kepada saya semasa di rumah Annuar.

“Saya nampak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada bersama dengan Muhyiddin, namun saya tidak mengikuti perbincangan tersebut dan pulang.”


Sebelum ini, Zahid menyaman Muhyiddin berhubung dakwaan meminta bantuan untuk menyelesaikan atau menangguhkan kes mahkamahnya.

Muhyiddin kemudiaan membalas saman tersebut dengan mengemukakan afidavit jawapan yang mendedahkan Zahid membawa sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.

Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 April lalu, Muhyiddin mendakwa Zahid membuat permintaan selepas menghadiri mesyuarat di kediaman bekas Perdana Menteri kelapan itu.

“Selepas saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, satu mesyuarat diadakan di kediaman saya bagi membincangkan, antara lain, pembentukan Kabinet baharu.

“Beberapa individu menghadiri mesyuarat itu termasuk plaintif, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Hadi Awang. Selepas mesyuarat berakhir, plaintif meminta untuk bercakap dengan saya secara peribadi dan saya meminta Azmin untuk turut serta,” menurut afidavit tersebut.

https://www.facebook.com/101456972033331/posts/390696406442718/







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo