NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bursa Malaysia merudum, jatuh bawah 1,500 mata

Pelabur berehat selepas memantau pergerakan harga saham-saham di Bursa Malaysia - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi rendah dan melepasi paras psikologi 1,500 hari ini, didorong oleh jualan berterusan secara menyeluruh, sejajar dengan prestasi bursa serantau yang lemah, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah 15.76 mata atau 1.04 peratus kepada 1,493.95 daripada 1,509.71 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.03 mata kepada 1,505.68, yang menjadi paras tertinggi harian dan mencecah paras terendah 1,493.32 pada sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 667 kepada 254 manakala 400 kaunter tidak berubah, 953 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.26 bilion unit bernilai RM1.69 bilion daripada 2.88 bilion unit bernilai RM2.06 bilion pada Khamis.

"IHP AS dijangka kekal melebihi lapan peratus untuk bulan ketiga berturut-turut dan ini akan mengekalkan kemungkinan pendirian menyokong kadar faedah tinggi yang berpanjangan oleh Fed," katanya.

Sementara itu, Pak Leng berkata Biro Statistik Kebangsaan China melaporkan inflasi tahunan sebanyak 2.1 peratus, di bawah anggaran 2.2 peratus manakala Indeks Harga Pengeluar dalam unjuran 6.4 peratus.

"Kami percaya sentimen pasaran akan terus berhati-hati dalam keadaan prestasi global yang lemah walaupun terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah.

"Kami turut menjangka jualan baru-baru ini akan memberi peluang kepada pelabur untuk mengumpul saham pada paras menarik berdasarkan penilaian mereka yang murah.

"Oleh itu, kami menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,490 hingga 1,510 pada minggu depan, dengan paras sokongan segera pada 1,475 dan paras halangan pada 1,520," katanya.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura merosot 0.91 peratus kepada 3,180.42, Nikkei 225 Jepun susut 1.49 peratus kepada 27,824.29, Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.29 peratus kepada 21,806.18 dan KOSPI Korea Selatan turun 1.13 peratus kepada 2,595.87.

Bagaimanapun, Indeks Komposit SSE China meningkat 1.42 peratus kepada 3,284.83 manakala Shenzhen Component naik 1.90 peratus kepada 12,035.15.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot lima sen kepada RM8.75, Public Bank berkurangan empat sen kepada RM4.53 dan CIMB susut tiga sen kepada RM5.04.

Petronas Chemicals menambah enam sen kepada RM9.70 dan IHH Healthcare naik lima sen kepada RM6.45. 

Daripada saham aktif, LGMS meningkat empat sen kepada 75.5 sen, MQ Technology merosot setengah sen kepada lima sen, Top Glove berkurangan sembilan sen kepada RM1.13 manakala Borneo Oil dan MNC Wireless, masing-masing tidak berubah pada 2.5 sen dan 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 108.03 mata kepada 10,733.65, Indeks FBM Emas Shariah susut 111.51 mata kepada 10,997.24, FBM 70 berkurangan 112.61 mata kepada 13,113.58, FBM ACE turun 35.58 mata kepada 5,134.36 dan Indeks FBMT 100 merosot 105.15 mata kepada 10,429.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 101.58 mata kepada 16,420.13, Indeks Perladangan merosot 68.72 mata kepada 7,596.65 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.71 mata kepada 193.33.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.35 bilion saham bernilai RM1.47 bilion daripada 1.66 bilion saham bernilai RM1.70 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran naik kepada 400.01 juta unit bernilai RM65.98 juta daripada 300.45 juta unit bernilai RM55.52 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 509.05 juta saham bernilai RM158.21 juta daripada 923.57 juta saham bernilai RM302.22 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 196.74 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (431.19 juta), pembinaan (44.64 juta), teknologi (100.97 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (44.42 juta), hartanah (125.91 juta), perladangan (46.12 juta), REIT (5.04 juta), dana tertutup (34,000), tenaga (183.55 juta), penjagaan kesihatan (86.09 juta), telekomunikasi dan media (38.66 juta), pengangkutan dan logistik (25.17 juta) dan utiliti (22.08 juta).

-BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo