NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Islam Bukan Agama Tetapi Sekumpulan Perogol – Penghinaan Radhakrishna


KARNATAKA, 11 Jun 2022
– Sekali lagi Islam dihina di India apabila seorang pemimpin dari Hindu Jagarana Vedike, Radhakrishna Adyanthaya, secara terbuka mendakwa Islam bukanlah satu agama tetapi sekumpulan perogol dan perompak.

“Islam bukanlah sebuah agama, bukan sebuah kasta, bukan sejenis budaya, bukan sebuah tamadun. Ia tidak mempunyai kemanusiaan. Islam adalah kekejaman, ketidakmanusiaan, kebengisan. Islam adalah sekumpulan perompak, geng perogol,” katanya dalam sebuah video tular.


 Ujar pemimpin sayap kanan Hindu itu lagi, “Ini adalah kefahaman saya tentang Islam. Saya faham semua ini lepas lihat semua aktiviti mereka.”

Kenyataan itu dikeluarkannya dalam satu himpunan ‘Hindu Jagriti Sabhe’ yang diadakan di Mangalore’s Vitla.

The Cognate melaporkan, Hindu Jagran Vedike ialah organisasi sayap kanan pelampau yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS).

Baru-baru ini, selepas seorang Jurucakap Nasional Bharatiya Janata Party (BJP), Nupur Sharma menghina perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W. dengan isteri baginda Aishah R.A, rakyat negara India merancakkan lagi penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. apabila tular di media sosial karikatur Nabi Muhammad S.A.W., kata-kata menghina dan pelbagai komentar serupa yang menghina Nabi.

Susulan kecaman masyarakat Islam antarabangsa atas isu penghinaan Nabi Muhammad S.A.W. dan kezaliman pelampau Hindu terhadap umat Islam India baru-baru ini, Kedutaan Besar India di Malaysia tampil ke hadapan menegaskan bahawa kerajaan India sangat menghormati semua agama.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo