NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M akan berucap di perhimpunan parti politik Indonesia esok

Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadiri Mesyuarat Kerja Nasional parti politik Indonesia, Nasdem di Jakarta esok (Jumaat) sekali gus menyampaikan ucapan pada hari terakhir perhimpunan itu. - Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadiri Mesyuarat Kerja Nasional (Rakernas) parti politik Indonesia, Nasdem di Jakarta esok (Jumaat) sekali gus menyampaikan ucapan pada hari terakhir perhimpunan itu.
Menurut laporan portal berita Indonesia, bekas Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali itu diundang sebagai penceramah kehormat di perhimpunan yang diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC).

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Bapak Surya Paloh atas jemputan sebagai penceramah kuliah umum pada kegiatan Rapat Kerja Nasional Parti Nasdem," kata Dr Mahathir seperti dilaporkan.

Sebaik tiba di ibu negara Indonesia itu, Dr Mahathir dan rombongannya akan mengadakan kunjungan ke Menara Nasdem sebelum bertolak ke JCC bagi menghadiri perhimpunan tersebut.
Rakernas Nasdem berlangsung selama tiga hari bermula semalam (Rabu).
Kehadiran Dr Mahathir ke acara tahunan itu dilaporkan sebagai memenuhi undangan sahabat beliau, Surya Paloh yang juga Ketua Umum Nasdem serta tokoh perniagaan Indonesia.
"(Dr Mahathir) datang sebagai sahabat Bapak Surya Paloh," kata Timbalan Ketua Umum Nasdem, Ahmad Ali.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo