NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hakim kes Najib tarik diri dari pendengaran QC

Najib hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi sambungan perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya hari ini. - Fpto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini menarik diri daripada mendengar permohonan Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja (QC) United Kingdom untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhirnya bagi kes melibatkan penyelewengan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam keputusan ringkasnya berkata beliau memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar permohonan itu kerana salah seorang ahli keluarga terdekatnya adalah ahli politik yang sangat aktif dan ketua bahagian dalam parti politik yang sama dengan Najib, yang merupakan perayu.
Wan Ahmad Farid, yang pernah menjadi ahli politik aktif dalam UMNO berkata walaupun beliau telah meletak jawatan daripada parti politik yang pernah dianggotainya, pendiriannya adalah persepsi awam terhadap kebebasan badan kehakiman tidak boleh berada dalam situasi meragukan.
"Umum mengetahui bahawa sebelum dilantik sebagai hakim, saya adalah ahli politik yang aktif dan pada satu ketika, menjadi ahli pentadbiran dan ahli Dewan Negara.
"Saya mesti menambah bahawa, selepas mengangkat sumpah saya sebagai anggota badan kehakiman, tanggungjawab saya adalah memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata hakim itu

Sumber | Astro Awani



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo