NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TNB bakal bina menara ikonik selari dengan jambatan Pulau Pinang untuk bekalan elektrik


Dalam usaha mengukuhkan lagi bekalan elektrik di Pulau Pinang, kini Tenaga Nasional mengumumkanmereka akan membagukan satu lagi penyambungan terrus bekalan elektrik daripada Grid Nasional ke Pulau Pinang.

Menariknya, untuk projek ini, bekalan akan disambungkan melalui sebuah projek menara sepanjang 8.5kmyang dibina selari dengan jambatan Pulau Pinang.

Projek ini dibangunkan dalam memastikan kapasiti bekalan sedia ada di Pulau Pinnang tidak terjejas – terutamanya apabla stesen janakuasa Gelugor dengan kapasiti penjanaan 300W tamat kontrak perkhidmatan pada akhir 2024 kelak.

TNB menyasarkan projek ini menelan belanja lebih RM500 juta, dan dijangka siap pada 2024 kelak. Pembinaan menara ikonik ini juga dijangka menjadi salah satu mercu tanda ikonik negeri tersebut.

Menara talian penghantaran ini direkabentuk dengan berkonsepkan buah pinang. Kerja-kerja pembinaan ini dijangka bermula pada penghujung 2022 ini.


Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo