NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu Istiqamah Bersama Rakyat Pertahan Muafakat Ummah


KUALA NERUS, 4 Jun- Kerajaan Terengganu terus komited menjayakan Aspirasi Keluarga Malaysia bersama rakyat negeri berkenaan kerana ia selari dengan pendekatan Kerajaan Negeri, yang membawa pendekatan Politik Matang dan Sejahtera. 

Menteri Besar, Dato'Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendekatan Keluarga Malaysia yang diasaskan kasih sayang mengendurkan apa yang tegang, mendekatkan yang jauh, mengharmonikan yang kusut dan menjernihkan yang keruh juga seiring dengan perjuangan memperkukuh muafakat ummah.

"Kami di negeri Terengganu amat menyambut baik konsep ini kerana penekanan terhadap penyatuan dan perpaduan, adalah amat jelas dalam konsep Keluarga Malaysia.

"Apa jua perbezaan yang ada antara kita, samada perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik, janganlah sampai digadai nikmat penyatuan dan perpaduan yang ada," katanya.

Beliau menzahirkan kata-kata itu ketika ucapan aluannya sempena perasmian penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, hari ini.

Dalam majlis berkenaan, JAKM dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato'Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut dihadiri Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin.

Tambahnya, agenda Keluarga Malaysia merupakan tugasan besar yang berat bebanannya, namun boleh dijayakan dengan iltizam yang kuat.

"Pendekatan Keluarga Malaysia, akan terus diperjuangkan, sehinggalah kita mencapai apa yang dihajati.

"Contoh teladan daripada kepimpinan, dan kefahaman daripada rakyat akan menjayakan agenda besar ini dengan izin Allah SWT.

"Pemimpinlah yang menjadi tempat rakyat mengadu nasib dan pemimpinlah pula yang bertanggungjawab memimpin rakyat, ke arah gagasan dan wawasan yang terbaik buat mereka," katanya.


Sumber | TRDI






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo