NOTIS:

Belum ada lagi....

Simpanan kerajaan PN Kedah cecah RM680 juta

0


ALOR SETAR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah berbelanja secara berhemah dan berintegriti sehingga mampu melonjakkan simpanan kerajaan negeri melebihi kerajaan sebelum ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan sekarang berbelanja berdasar kepada bajet yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Katanya perbelanjaan di luar bajet beliau tidak kompromi.

“Bukan kerajaan tidak mahu belanja tetapi biarlah belanja ikut bajet dan secara berhemah.

“Pada Mei 2020, kerajaan negeri mula menabung dan menyimpan. Ada orang tanya dah reserve banyak kenapa tak belanjakan.

“Kita bukan tak mahu belanja tapi biarlah berdasarkan bajet. Kita simpan dan apabila keadaan lebih susah dari sekarang, kita belanja. Sekarang kita boleh ‘survive’ lagi,” katanya pada majlis Iltizam PN Kedah malam kelmarin.

Menurutnya, sehingga kini Kedah mempunyai simpanan mencecah RM680 juta dan merupakan pencapaian tertinggi berbanding kerajaan terdahulu.

Kata beliau, simpanan kerajaan negeri pernah susut sehingga RM40 juta antara 2014 hingga 2018 dan pernah mencatat sebanyak RM320 juta pada 2008.

Sanusi juga berkata, pada suku tahun pertama 2022 nilai pelaburan ke Kedah sebanyak RM8.5 bilion, manakala untuk suku tahun kedua mencecah RM20 bilion.

“Semua ini anugerah Allah beri untuk kita semua. Kalau ikut sejarah Kedah sebelum ini, dalam setahun kita nak dapat pelaburan asing RM5 bilion pun susah.

“Pernah dalam setahun tu, Kedah hanya mendapat RM1.9 billion sahaja,” tambah beliau.

Pada tahun lepas Kedah mencatat sejarah apabila berjaya mendapat pelaburan sebanyak RM68.3 billion walaupun ketika berdepan pandemik Covid-19.

Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM32 juta untuk bantuan rakyat yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19. – HARAKAHDAILY





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo