NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlu perancangan lebih strategik tangani krisis ekonomi - Penganalisis

Yusof berpendapat, perkembangan yang berlaku sangat pantas di seluruh dunia membuatkan kerajaan tidak boleh mengambil sikap tunggu dan lihat dalam menangani masalah ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempunyai beberapa perancangan yang lebih strategik dalam menghadapi krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia.
Menurut Penganalisis Ekonomi, Prof Madya Dr Yusof Saari, sebuah jawatankuasa khas perlu segera ditubuhkan bagi memastikan keadaan lebih parah berlaku akibat krisis makanan dan ekonomi ini.
Yusof berpendapat, perkembangan yang berlaku sangat pantas di seluruh dunia membuatkan kerajaan tidak boleh mengambil sikap tunggu dan lihat dalam menangani masalah ini.
"Kalau kita perlu wujud satu jawatankuasa atau majlis khusus yang dikepalai oleh perdana menteri, maka perlu untuk wujudkan khusus untuk memantau dua tiga bulan ke depan yang sangat kritikal keadaannya.
"Ini fenomena global bukan hanya di Malaysia kerana di UK sebahagian penduduknya perlu mengurangkan jumlah pengambilan makanan kerana kos hidup yang meningkat pada ketika ini.
"Walaupun kita merasakan keadaan itu sudah berlaku di Malaysia tetapi kita tidak mahu keadaan lebih parah, jadi kita mahu task force khusus kerana ia merentasi semua kementerian jadi perlu satu koordinasi yang pantas dan cepat," katanya dalam program Agenda AWANI yang membincangkan topik Inflasi Makanan Meningkat, Cari Solusi Segera
Beliau juga berpendapat, isu kos sara hidup perlu ditangani seperti mana kerajaan bertindak ketika pandemik COVID-19 melanda negara.
"Kini kita ada isu yang sebaliknya, livelihood ini, saya mengimpikan setiap minggu ada pembentangan dari pihak kerajaan mengenai kos sara hidup kepada mereka yang B40 dan M40.
"Setiap minggu kita kena bagitahu dan kita kena bagitahu juga berapa harga beras di sini berapa harga di sana, harga ikan macam mana.
"Benda itu tidak ada, kita rasa seolah-olah macam livelihood ini dipandang sepi tapi keadaannya sangat meruncing," katanya lagi.
Yusof juga berpendapat kerajaan juga perlu mengemukakan satu pendekatan yang lebih menyeluruh demi menyelamatkan ekonomi keluarga Malaysia.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo