NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Maybank : Waspada dengan perisian hasad Android yang mencuri nombor TAC perbankan


Maybank kini mengingatkan para pengguna, supaya berhati-hati dengan perisian hasad menyerang pengguna Android yang mencuri maklumat perbankan melalui telefon pintar.

Perisian hasad ini juga boleh melihat SMS yang dihantar ke telefon pengguna, termasuk mendapatkan nombor TAC, sekaligus melakukan transaksi dan memindahkan wang dari akaun pengguna.

Orang ramai diminta berhati-hati dan tidak memasang sebarang fail APK pada telefon pintar mereka, yang bukan dari sumber rasmi. Anda juga diminta hanya memasang aplikasi perbankan daripada sumber rasmi melalui kedai aplikasi rasmi sahaja.

Untuk pengguna Maybank dan beberapa yang lain juga, anda boleh lebih berhati-hati dengan menggunakan ciri seperti SecureTAC pada telefon pintar untuk sebarang transaksi, yang tidak bergantung pada SMS.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo