NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Industri automotif perlukan lebih banyak Kobalt untun bateri berbanding industri telefon pintar


Penggunaan kereta elektrik dikatakan dapat mengurangkan pencemaran. Tetapi ramai mungkin tidak menyedari pembuatan kereta elektrik tidak semestinya lestari dengan bateri memerlukan bahan mentah seperti kobalt yang mengakibatkan pencemaran yang teruk. Dengan semakin banyak kereta elektrik dihasilkan, keperluan industri kereta untuk kobalt bagi menghasilkan bateri kini melangkaui keperluan industri telefon pintar.

Menurut Financial Times, industri kereta memerlukan 65,036 tan kobalt sepanjang 2021 berbanding 28,660 tan yang diperlukan telefon pintar. Permintaan untuk kobalt sepanjang 2021 juga lebih banyak berbanding jumlah yang dilombong sepanjang 2021. Kerana permintaan yang tinggi harga jualan kobalt juga meningkat. Ini adalah sebab mengapa Tesla misalnya mula menggunakan nikel sebagai ganti kobalt pada bateri yang digunakan kenderaan mereka. 

Penyelesaian kepada satu masalah pencemaran mengakibatkan wujud pencemaran lain. Yang menjadi mangsa ialah penduduk negara dunia ketiga dimana sumber asli ini dilombong seperti yang kita lihat berlaku di Pahang akibat keperluan bauksit yang tinggi.

[sumbr] Sumber – Financial Times[/sumber]






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo