NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bursa Malaysia jatuh 16.69 mata

Kaunter harga saham yang diniagakan di Bursa Malaysia - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pengambilan untung dalam keadaan prestasi bercampur-campur dalam bursa serantau.

Ia berikutan pelabur terus berhati-hati mengenai ketidaktentuan seperti kemelesetan global, inflasi dan kenaikan kadar faedah, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 16.69 mata atau 1.06 peratus kepada 1,553.41 daripada 1,570.10 pada Selasa.

Indeks yang dibuka rendah 6.70 mata kepada 1,563.40, bergerak antara 1,552.22 dan 1,563.89 sepanjang sesi.

Suasana pasaran bercampur-campur dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 508 berbanding 450 manakala 405 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.57 bilion unit bernilai RM2.49 bilion daripada 3.80 bilion unit bernilai RM6.11 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata di bursa tempatan, pelabur mengambil keuntungan berikutan lonjakan mendadak dalam FBM KLCI pada minit akhir dagangan semalam.

Pasaran serantau utama mencatatkan rendah hari ini berikutan pelabur berhati-hati dengan ketidaktentuan yang berlaku termasuk kemelesetan global, inflasi dan kenaikan kadar faedah.

Beliau berkata, ekuiti AS merosot semalaman berikutan kebimbangan mengenai inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan susulan dunia kini menghadapi krisis makanan.

Dow Jones Industrial Average susut 222.84 mata atau 0.67 peratus manakala Nasdaq Composite berkurangan 49.74 mata atau 0.41 peratus.

"Kami menjangka sentimen pasaran jangka pendek akan terus goyah dalam persekitaran prestasi serantau dan global yang tidak menentu walaupun aktiviti belian saham pada harga rendah dijangka berlaku.

"Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan mendatar, dalam julat 1,550-1,565 untuk baki minggu ini," kata Pak Leng kepada Bernama, sambil menambah paras sokongan segera untuk indeks utama pada 1,530 dan paras halangan pada 1,575.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot 21 sen kepada RM8.89, Public Bank susut 10 sen kepada RM4.63, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare, masing-masing berkurangan 20 sen kepada RM10.06 dan RM6.50 manakala CIMB meningkat 5.0 sen kepada RM5.20.

Daripada saham aktif, Sapura Energy merosot 1.5 sen kepada 7.0 sen, Yong Tai berkurangan setengah sen kepada 10 sen, G3 Global susut 1.0 sen kepada 4.5 sen manakala Genting Bhd menambah 49 sen kepada RM5.24 dan Serba Dinamik naik 1.0 sen kepada 11 sen.

Di papan indeks, FBM 70 merosot 4.49 mata kepada 13,234.63, Indeks FBMT 100 berkurangan 89.72 mata kepada 10,768.78, Indeks FBM Emas susut 81.01 mata kepada 11,070.89, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 96.13 mata kepada 11,413.50 manakala FBM ACE merosot 1.99 mata kepada 5,183.65.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 2.55 mata kepada 200.66, Indeks Perladangan susut 27.43 mata kepada 7,936.55 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 164.11 mata kepada 16,746.58.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.92 bilion saham bernilai RM2.35 bilion daripada 3.01 bilion saham bernilai RM5.92 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 362.54 juta unit bernilai RM58.65 juta daripada 384.26 juta unit bernilai RM80.84 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 282.48 juta saham bernilai RM81.58 juta daripada 399.22 juta saham bernilai RM103.63 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 376.98 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (376.21 juta), pembinaan (41.97 juta), teknologi (169.80 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (79.36 juta), hartanah (185.22 juta), perladangan (54.50 juta), REIT (5.06 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (496.72 juta), penjagaan kesihatan (38.02 juta), telekomunikasi dan media (27.53 juta), pengangkutan dan logistik (52.93 juta) dan utiliti (21.33 juta).

-BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo